Kekalahan 26-0 pasukan wanita futsal Kuala Lumpur di tangan Melaka pada aksi MPFL Wanita musim 2022 sememangnya menjadi bahan bualan ramai pihak khususnya peminat futsal tanah air.

Kekalahan dengan jurang besar seperti itu merupakan satu perkara yang jarang berlaku dalam dunia futsal dan ramai pihak mahu mengetahui apa punca sebenar kekalahan besar itu.

Dalam satu temu bual bersama Harimau Malaya, individu yang bernama Iman yang membantu menguruskan pasukan ketika aksi di Kompleks Sukan Negara, Panasonic, Shah Alam menjelaskan majoriti pemain utama mengadakan boikot kerana tidak mendapat gaji yang dijanjikan.

“Ketua jurulatih mereka ada menghubungi saya. Beliau disahkan positif COVID-19 dan tidak dapat hadir untuk mengendalikan pasukan pada perlawanan tersebut.

“Apa yang saya tahu, pemain-pemain senior yang beraksi sejak awal liga memboikot pasukan kerana tidak mendapat gaji yang dijanjikan. Mereka mahu pengurusan pasukan untuk dikenakan tindakan sekiranya menarik diri dari saingan liga.

“Nasib baik ada pemain muda yang masih mahu mempertahankan pasukan ini. Itu menjadi semangat kami yang mahu membantu pasukan,” kata Iman yang merupakan pembantu jurulatih pasukan Selangor MAC.

Masalah tunggakan gaji bukan sahaja menghantui pasukan futsal namun skuad bola sepak The City Boys juga terkesan dimana para pemain dikhabarkan sudah dua bulan tidak menerima gaji.

Untuk mengeruhkan lagi keadaan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Stanley Bernard dikhabarkan bakal meninggalkan pasukan dalam masa terdekat diikuti oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad.

“Ini berikutan tekanan yang dihadapi Khalid dan Stanley Bernard untuk melepaskan genggaman mereka ke atas kelab ini dan memberi laluan untuk puak baru menerajui KLFA dan mengambil alih pengurusan KL City.

“Sekiranya Khalid meletak jawatan, ini akan dituruti oleh Stanley manakala kedudukan jurulatih Bojan Hodak, yang dilantik oleh Stanley, juga tergugat. Ramai penyokong tidak sedar yang Stanley salama in telah melindungi KL City dari ancaman politik sejak awal tahun lalu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022:

Irfan Bakti: “Kami Dah Bosan Tiga Bulan Berlatih Dan Tak Boleh Nak Mula Perlawanan Sebenar”

TMJ: Struktur Kim Pan-gon Positif, Sama Seperti Yang Ada Di JDT

FAM Tiada Pusat Rawatan Khas Punca Nazmi Faiz Kembali Ke JDT